Wednesday, 18 November 2015

Program Cuti Sekolah



 Assalamualaikum,

   Selamat bercuti kepada pelajar pelajar sekolah . Hari cuti adalah hari yang menyeronokkan tetapi adakah berbaloi jika hari cuti itu digunakan hanya dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah ? Atau mungkin setakat merehatkan diri di rumah ? Bagi pelajar hari cuti hanya lah hari untuk bermain , merehatkan diri tetapi jika cuti itu diisi untuk perkara kebaikan bukankah lebih baik ? Ibu Bapa juga pastinya tidak ingin anak mereka hanya sekadar membuang masa . Dengan program selama 3 minggu ini kami akan memastikan anak anak anda dapat mengisi masa dengan aktiviti kerohanian dan aktiviti berkumpulan yang tidak membosankan .

    Kami dari Pusat Kecemerlangan Insan amat berbesar hati jika pelajar pelajar dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang kami anjurkan .

Antara Aktiviti nya :


  • Memperbetulkan solat 
  • Menghafal Surah- Surah lazim/doa harian
  • Pertandingan Aktiviti Berkumpulan
  • Praktikal Ibadah
  • Tajwid


    Program ini akan dijalankan selama 3 minggu

     Bermula pada : 15/12 sehingga 31/12 .

     (Satu minggu hanya pada hari Selasa , Rabu , Khamis dan Jumaat )

     Pada Masa : 2:30 ptg sehingga 5:00 ptg .

     Tempat : No 12 Rumah Kedai 2 Tingkat (hijau) Taman PSJ

     Terbuka hanya pada : Tahun 4 hingga Tingkatan 3

 Dengan bayaran RM100 kami menjaminkan aktiviti ini akan memberi kesan positif pada diri pelajar .  Inshaallah dengan mengikuti program ini , kami akan membentuk mereka menjadi anak yang soleh.








Pendaftaran pada : 8/12/2015

Tempat : No12 Rumah Kedai 2 Tingkat (HIJAU) , Taman PSJ Sg                  Karang 26100 Kuantan

Masa    : 9:30-12:30 pagi hingga 2:30-4:30 petang 

*atau hubungi : En Shafiee 019-9839374 untuk pendaftaran awal .














/

No comments:

Post a Comment