Friday, 13 November 2015

Kad Jemputan

  Assalamualaikum wahai orang orang yang berjaya ,


     Minggu ini kami akan menyampaikan kad jemputan untuk program kami disekitar sekolah berdekatan . Hampir 10 buah sekolah kami jangkakan untuk memberi kad jemputan ini . Pengharapaan yang tinggi kepada Maha esa agar niat murni kami berjalan lancar .

     Seperti yang telah  kami terangkan didalam entry pengenalan . Program ini adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah diri pelajar juga untuk mencapai impian ke semua ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya bukan sahaja dari segi pelajaran malah dari segi kerohanian juga .

   Untuk julung-julung kalinya program ini dilaksanakan di Kuantan . Kedatangan dan sokongan dari kesemua pihak diharapkan untuk menjayakan niat murni kami untuk memulihkan dan mendidik remaja menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat .



 Ini adalah contoh kad jemputan yang kami berikan kepada pelajar tingkatan 4




 Kad jemputan ini kami selitkan juga dengan  baucer membawa sahabat .  Pelajar dapat hadir bersama sahabat dengan hanya membayar untuk seorang yang berjumlah RM30 . Sangat menjimat kan !







Contoh kad jemputan untuk tingkatan 5 


Kad jemputan pelajar tingkatan 5 juga kami sediakan baucer yang sama . Kad ini adalah terhad hanya yang terpilih akan mendapatkannya !


No comments:

Post a Comment