Friday, 8 January 2016

KELAS MEMBINA SAHSIAH INSAN



  Untuk entri kali ini , kami ingin mengulah dengan lebih terperinci mengenai 'KELAS MEMBINA SAHSIAH INSAN'



  Kenapa kelas ini kami anjurkan ? Kenapa anak anda perlu mengikuti kelas ini ? dan kenapa kelas ini amat penting bagi anak anda ?

  Hidup sehari hari kita disiarkan dengan perlbagai berita , pelbagai cerita mengenai remaja . Remaja yang makin membesar dengan penuh rasa ingin tahu , membesar dengan pengaruh sekeliling . Remaja yang selalu membuat pelbagai masalah yang semakin hari semakin membimbangkan ibu bapa . Apa yang anda perlu lakukan untuk ubah sikap anak remaja anda ? 

   Ramai pihak hanya suka menuding jari , menyalahkan satu sama lain tetapi tiada siapa ingin bertindak . Kami ingin ubah remaja masa kini . Ingin ubah sikap remaja yang bakal menjadi pemangkin negara satu hari nanti . Jangan menganggap sikap adalah masalah yang remeh . Jika bukan anda merubah anak remaja anda , siapa lagi ? Mahukah kita melihat remaja terus menerus hidup dalam kekosongan ? Membuang masa setiap petang hanya dengan melepak di warung , di tepi pantai tanpa tujuan yang jelas ? Membuang masa yang begitu emas dengan perkara tidak berfaedah ? Kita yang harus ubah mereka kerana mereka ada amanah Allah untuk kita jaga dengan sebaiknya .

  Kelas yang kami adakan ini akan kami pastikan dalam masa 4 bulan anak remaja anda akan berubah semakin baik . Seperti  :



  • Mempunyai matlamat hidup yang jelas
  • Mempunyai disiplin diri setiap hari
  • Tidak terpengaruh dengan budaya tidak sihat
  • Lebih mendekatkan diri kepada tuhan


    InshaAllah dengan menghadiri kelas 'Membina Sahsiah Insan' ini . Anak remaja anda akan lebih cintakan agama dan tidak merasakan agama adalah beban bagi mereka sehingga mereka tidak lagi mahu untuk mendirikan tiang agama iaitu 'solat' . Mereka juga akan mempunya matlamat serta impian yang jelas . Apa yang mereka ingin capai pada masa ini dan pada masa akan datang .  Mereka juga akan diajar untuk melakar strategi mencapai impian bukan sekadar bercakap kosong ! 


Jika anda berminat jangan lupa untuk hadir pada hari pendaftaran 11/01/2016 ISNIN

  

Kelas bagi Tahun 2016

 Assalamualaikum para pembaca sekalian ,

   Tahun baru ini marilah kita memulakan dengan azam baru . Azam untuk tingkatkan amalan kita , tingkatkan motivasi diri dalam hidup sehari-hari kita , tingkatkan juga kesedaran dalam kita .

  Sudah berapa langkah kita maju kehadapan ? Berapa banyak kejayaan yang telah kita capai ? Berapa banyak lagi kelemahan diri yang perlu kita ubah ?

  Tahun 2016 ini kami mengharapkan perubahan dalam diri setiap orang islam . Untuk tahun ini kami akan mengadakan beberapa kelas dan kami sangat mengalukan kehadiran dari semua pihak . 

Antara kelas yang kami akan anjurkan ialah :

  1. Kelas mengaji Al-quran bagi wanita dewasa sahaja pada setiap isnin hingga khamis  , dari jam 8:00pagi sehingga 4:30petang
  2. Kelas tajwid al-quran yang diajar khas oleh ustaz Fauzan pada setiap hari sabtu malam , dari jam 9:30 malam sehingga 11:00 malam
  3. Kelas Bahasa Arab yang juga diajar khas oleh ustaz Fauzan pada setiap hari Rabu malam , dari jam 9:30 malam sehingga 11:00 malam
  4. Kelas membina sahsiah insan pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 pagi sehingga 9:30 malam


 InshaAllah dengan menghadiri kelas yang kami anjurkan , kami mengharapkan kita sama-sama dapat memajukan diri untuk lebih hampir kepada yang Maha Esa tuhan sekalian alam . 

  Kepada yang berminat untuk terus pertingkatkan ilmu dalam diri boleh hadir pada hari pendaftaran 
"11/01/2016 ISNIN"