Wednesday, 2 December 2015
Sunday, 29 November 2015
Program Untuk VIctim SPM !
SPM tahun depan tetapi kenapa tidak kita bertindak sekarang ? Mulakan langkah awal . Kerana untuk lulus sangat senang TAPI untuk cemerlang perlukan pengorbanan besar . Tak salah rasanya kita sebagai ibu bapa mendorong anak-anak untuk mulakan langkah awal .
Bermula DISEMBER ini kami akan berikan semangat motivasi bagi candidates spm dan kami akan khusus kan study group untuk mereka . Kami menyediakan mentor mentee untuk menjadi pendorong mereka . Pada bulan 12 ini kami kumpulkan kesemua peserta dan kami akan pastikan anak anak anda mengikuti program kami sehingga SPM menjelang .
RUANG BELAJAR DI RUMAH TIDAK SELESA ?
ADIK MENGGANGGU ABANG/KAKAK BELAJAR ?
TIADA PENDORONG DAN TEMAN BELAJAR ?
Program ini bukan sekadar seminar yang perlu hadir dan kembali menjalani hidup biasa . Tidak setakat itu sahaja ! kami bertanggungjawab mengubah remaja menjadi pelajar yang rajin , bermotivasi dan punyai matlamat yang jelas .
Bukan kah lebih seronok jika pelajar dapat belajar bersama rakan mempunyai mentor yang sentiasa memerhati dan memberi semangat kepada mereka ? Dan mereka punya ruang yang selesa untuk menumpukan sepenuhnya pada subjek mereka ?
Kebaikan STUDY GROUP
- Tidak bosan
- Masalah tidak faham atau tidak tahu dapat selesai dengan berbincang
- Idea dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama
- Menjalinkan persahabatan
- Lebih proaktif
Kami akan menyediakan tempat yang selesa untuk belajar , Kami juga akan membimbing mereka . Mengasuh sahsiah diri mereka . Jika bukan anda yang mengubah ANAK REMAJA ANDA ,SIAPA LAGI ?
Siapapun ingin melihat anak berjaya tetapi mungkin kerana kekangan masa atau ilmu yang tidak mencukupi membuatkan kita tidak mampu menjadi guru terbaik tetapi itu bukan penghalang menjadi ibu bapa terbaik . Jika anda percayakan kami , kami akan menggunakan kepercayaan itu dengan mengubah anak anda bukan sekadar memaksa mereka belajar tetapi untuk membuka minda kesedaran mereka mengenai matlamat mereka , mencipta impian mereka untuk membanggakan anda .
Tunggu apa lagi .
SAVE THIS DATE !
8 DIS 2015 BERMULA 9 PAGI HINGGA 5 PETANG
Wednesday, 18 November 2015
Program Cuti Sekolah
Assalamualaikum,
Selamat bercuti kepada pelajar pelajar sekolah . Hari cuti adalah hari yang menyeronokkan tetapi adakah berbaloi jika hari cuti itu digunakan hanya dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah ? Atau mungkin setakat merehatkan diri di rumah ? Bagi pelajar hari cuti hanya lah hari untuk bermain , merehatkan diri tetapi jika cuti itu diisi untuk perkara kebaikan bukankah lebih baik ? Ibu Bapa juga pastinya tidak ingin anak mereka hanya sekadar membuang masa . Dengan program selama 3 minggu ini kami akan memastikan anak anak anda dapat mengisi masa dengan aktiviti kerohanian dan aktiviti berkumpulan yang tidak membosankan .
Kami dari Pusat Kecemerlangan Insan amat berbesar hati jika pelajar pelajar dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang kami anjurkan .
Antara Aktiviti nya :
- Memperbetulkan solat
- Menghafal Surah- Surah lazim/doa harian
- Pertandingan Aktiviti Berkumpulan
- Praktikal Ibadah
- Tajwid
Program ini akan dijalankan selama 3 minggu
Bermula pada : 15/12 sehingga 31/12 .
(Satu minggu hanya pada hari Selasa , Rabu , Khamis dan Jumaat )
Pada Masa : 2:30 ptg sehingga 5:00 ptg .
Tempat : No 12 Rumah Kedai 2 Tingkat (hijau) Taman PSJ
Terbuka hanya pada : Tahun 4 hingga Tingkatan 3
Dengan bayaran RM100 kami menjaminkan aktiviti ini akan memberi kesan positif pada diri pelajar . Inshaallah dengan mengikuti program ini , kami akan membentuk mereka menjadi anak yang soleh.
Pendaftaran pada : 8/12/2015
Tempat : No12 Rumah Kedai 2 Tingkat (HIJAU) , Taman PSJ Sg Karang 26100 Kuantan
Masa : 9:30-12:30 pagi hingga 2:30-4:30 petang
*atau hubungi : En Shafiee 019-9839374 untuk pendaftaran awal .
/
Friday, 13 November 2015
Kad Jemputan
Assalamualaikum wahai orang orang yang berjaya ,
Minggu ini kami akan menyampaikan kad jemputan untuk program kami disekitar sekolah berdekatan . Hampir 10 buah sekolah kami jangkakan untuk memberi kad jemputan ini . Pengharapaan yang tinggi kepada Maha esa agar niat murni kami berjalan lancar .
Seperti yang telah kami terangkan didalam entry pengenalan . Program ini adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah diri pelajar juga untuk mencapai impian ke semua ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya bukan sahaja dari segi pelajaran malah dari segi kerohanian juga .
Untuk julung-julung kalinya program ini dilaksanakan di Kuantan . Kedatangan dan sokongan dari kesemua pihak diharapkan untuk menjayakan niat murni kami untuk memulihkan dan mendidik remaja menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat .
Ini adalah contoh kad jemputan yang kami berikan kepada pelajar tingkatan 4
Kad jemputan ini kami selitkan juga dengan baucer membawa sahabat . Pelajar dapat hadir bersama sahabat dengan hanya membayar untuk seorang yang berjumlah RM30 . Sangat menjimat kan !

Contoh kad jemputan untuk tingkatan 5
Kad jemputan pelajar tingkatan 5 juga kami sediakan baucer yang sama . Kad ini adalah terhad hanya yang terpilih akan mendapatkannya !
Pengenalan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Untuk pertama sekali , kami ingin jelaskan tujuan mengapa program ini dilangsungkan .
Pertama nya , seperti yang telah kita ketahui remaja adalah aset negara . Pembentukan sahsiah remaja amat penting pada era globalisasi ini . Bagi kami isu masalah remaja pada ketika ini amat membimbangkan . Remaja bagaikan tiada pegangan hidup dan tujuan hidup . Mereka lebih memilih untuk berhibur dan hanya membuang masa . Program ini ingin menyedarkan remaja bahawa waktu yang terluang dapat digunakan untuk merangka masa depan mereka . Adakah kita ingin remaja terus dibelenggu dengan sifat sifat negatif ? Kejayaan mampu diraih bermula dari sekarang !
Tujuan kami menyediakan program ini adalah untuk menggunakan cuti remaja itu dengan perkara yang mendatangkan faedah dalam pelajaran dan sahsiah mereka .
Bagi tingkatan 4 , kami melangsungkan program ini untuk mereka melakukan persediaan awal sebelum menempuh peperiksaan SPM pada tahun hadapan . Kami ingin remaja mengubah persepsi yang menganggap tahun tingkatan 4 adalah tahun untuk bersenang lenang . Bermula hari cuti ini bersamalah kita menggunakan masa yang terluang dengan mengikuti program ini . Kami akan mengajar teknik teknik yang mudah dan menyeronokkan untuk pelajar . Kami ingin pastikan pelajar akan merasa seronok dan tidak menyalahgunakan waktu cuti yang diberi . Program ini akan berterusan tidak hanya pada waktu cuti panjang . Kami akan membimbing mereka sehingga peperiksaan SPM 2016 menjelang tiba . Kami akan memastikan pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM . Bukan sahaja menjadi pelajar yang cemerlang di dalam pembelajaran malah kami akan membimbing mereka untuk mengenal tuhan dan membentuk sahsiah diri pelajar ini agar menjadi manusia yang mempunyai wawasan , matlamat yang jelas dan membanggakan keluarga serta agama .
Untuk tingkatan 5 , program ini adalah dimana pelajar lepasan SPM yang terpilih akan menggunakan ilmu dan masa untuk dicurahkan kepada bakal SPM 2016 . Kami akan memberi mereka beberapa tips untuk berjaya di IPT dan pada masa yang sama mereka akan didedahkan mengenai pelbagai rintangan yang mereka akan hadapi di IPT dan cara tangani . Kami ingin mereka agar tidak terpengaruh dengan suasana di IPT yang serba bebas . Isu isu masalah remaja lebih banyak berlaku apabila mereka telah menyambung pengajian kelak ini amat membimbangkan ibu bapa dan masyarakat kerana IPT bukan sahaja memberi ilmu untuk masa depan tetapi boleh menyebabkan penuntut nya dipengaruhi budaya pergaulan tanpa batas . Oleh yang demikianlah kami ingin memberi persediaan mental dan fizikal untuk bakal penuntut IPT agar dapat menjaga sahsiah dan agama mereka , InshaAllah program ini banyak manfaat nya untuk remaja dan saya ingin pastikan ibu bapa akan berasa bangga hasil perubahan remaja mereka .

Subscribe to:
Posts (Atom)