Friday, 8 January 2016

KELAS MEMBINA SAHSIAH INSAN



  Untuk entri kali ini , kami ingin mengulah dengan lebih terperinci mengenai 'KELAS MEMBINA SAHSIAH INSAN'



  Kenapa kelas ini kami anjurkan ? Kenapa anak anda perlu mengikuti kelas ini ? dan kenapa kelas ini amat penting bagi anak anda ?

  Hidup sehari hari kita disiarkan dengan perlbagai berita , pelbagai cerita mengenai remaja . Remaja yang makin membesar dengan penuh rasa ingin tahu , membesar dengan pengaruh sekeliling . Remaja yang selalu membuat pelbagai masalah yang semakin hari semakin membimbangkan ibu bapa . Apa yang anda perlu lakukan untuk ubah sikap anak remaja anda ? 

   Ramai pihak hanya suka menuding jari , menyalahkan satu sama lain tetapi tiada siapa ingin bertindak . Kami ingin ubah remaja masa kini . Ingin ubah sikap remaja yang bakal menjadi pemangkin negara satu hari nanti . Jangan menganggap sikap adalah masalah yang remeh . Jika bukan anda merubah anak remaja anda , siapa lagi ? Mahukah kita melihat remaja terus menerus hidup dalam kekosongan ? Membuang masa setiap petang hanya dengan melepak di warung , di tepi pantai tanpa tujuan yang jelas ? Membuang masa yang begitu emas dengan perkara tidak berfaedah ? Kita yang harus ubah mereka kerana mereka ada amanah Allah untuk kita jaga dengan sebaiknya .

  Kelas yang kami adakan ini akan kami pastikan dalam masa 4 bulan anak remaja anda akan berubah semakin baik . Seperti  :



  • Mempunyai matlamat hidup yang jelas
  • Mempunyai disiplin diri setiap hari
  • Tidak terpengaruh dengan budaya tidak sihat
  • Lebih mendekatkan diri kepada tuhan


    InshaAllah dengan menghadiri kelas 'Membina Sahsiah Insan' ini . Anak remaja anda akan lebih cintakan agama dan tidak merasakan agama adalah beban bagi mereka sehingga mereka tidak lagi mahu untuk mendirikan tiang agama iaitu 'solat' . Mereka juga akan mempunya matlamat serta impian yang jelas . Apa yang mereka ingin capai pada masa ini dan pada masa akan datang .  Mereka juga akan diajar untuk melakar strategi mencapai impian bukan sekadar bercakap kosong ! 


Jika anda berminat jangan lupa untuk hadir pada hari pendaftaran 11/01/2016 ISNIN

  

Kelas bagi Tahun 2016

 Assalamualaikum para pembaca sekalian ,

   Tahun baru ini marilah kita memulakan dengan azam baru . Azam untuk tingkatkan amalan kita , tingkatkan motivasi diri dalam hidup sehari-hari kita , tingkatkan juga kesedaran dalam kita .

  Sudah berapa langkah kita maju kehadapan ? Berapa banyak kejayaan yang telah kita capai ? Berapa banyak lagi kelemahan diri yang perlu kita ubah ?

  Tahun 2016 ini kami mengharapkan perubahan dalam diri setiap orang islam . Untuk tahun ini kami akan mengadakan beberapa kelas dan kami sangat mengalukan kehadiran dari semua pihak . 

Antara kelas yang kami akan anjurkan ialah :

  1. Kelas mengaji Al-quran bagi wanita dewasa sahaja pada setiap isnin hingga khamis  , dari jam 8:00pagi sehingga 4:30petang
  2. Kelas tajwid al-quran yang diajar khas oleh ustaz Fauzan pada setiap hari sabtu malam , dari jam 9:30 malam sehingga 11:00 malam
  3. Kelas Bahasa Arab yang juga diajar khas oleh ustaz Fauzan pada setiap hari Rabu malam , dari jam 9:30 malam sehingga 11:00 malam
  4. Kelas membina sahsiah insan pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 pagi sehingga 9:30 malam


 InshaAllah dengan menghadiri kelas yang kami anjurkan , kami mengharapkan kita sama-sama dapat memajukan diri untuk lebih hampir kepada yang Maha Esa tuhan sekalian alam . 

  Kepada yang berminat untuk terus pertingkatkan ilmu dalam diri boleh hadir pada hari pendaftaran 
"11/01/2016 ISNIN"






Wednesday, 2 December 2015

Sunday, 29 November 2015

Program Untuk VIctim SPM !



SPM tahun depan tetapi kenapa tidak kita bertindak sekarang ? Mulakan langkah awal . Kerana untuk lulus sangat senang TAPI untuk cemerlang perlukan pengorbanan besar . Tak salah rasanya kita sebagai ibu bapa mendorong anak-anak untuk mulakan langkah awal . 

    Bermula DISEMBER ini kami akan berikan semangat motivasi bagi candidates spm dan kami akan khusus kan study group untuk mereka . Kami menyediakan mentor mentee untuk menjadi pendorong mereka . Pada bulan 12 ini kami kumpulkan kesemua peserta dan kami akan pastikan anak anak anda mengikuti program kami sehingga SPM menjelang . 



     RUANG BELAJAR DI RUMAH TIDAK  SELESA ?
     
    ADIK MENGGANGGU ABANG/KAKAK BELAJAR ?

    TIADA PENDORONG DAN TEMAN BELAJAR ?


   Program ini bukan sekadar seminar yang perlu hadir dan kembali menjalani hidup biasa . Tidak setakat itu sahaja ! kami bertanggungjawab mengubah remaja menjadi pelajar yang rajin , bermotivasi dan punyai matlamat yang jelas . 



   Bukan kah lebih seronok jika pelajar dapat belajar bersama rakan mempunyai mentor yang sentiasa memerhati dan memberi semangat kepada mereka ?  Dan mereka punya ruang yang selesa untuk menumpukan sepenuhnya pada subjek mereka ? 

   Kebaikan STUDY GROUP
  • Tidak bosan 
  • Masalah tidak faham atau tidak tahu dapat selesai dengan berbincang
  • Idea dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama
  • Menjalinkan persahabatan 
  • Lebih proaktif



Kami akan menyediakan tempat yang selesa untuk belajar , Kami juga akan membimbing mereka . Mengasuh sahsiah diri mereka . Jika bukan anda yang mengubah ANAK REMAJA ANDA ,SIAPA LAGI ? 


    Siapapun ingin melihat anak berjaya tetapi mungkin kerana kekangan masa atau ilmu yang tidak mencukupi membuatkan kita tidak mampu menjadi guru terbaik tetapi itu bukan penghalang menjadi ibu bapa terbaik . Jika anda percayakan kami , kami akan menggunakan kepercayaan itu dengan mengubah anak anda bukan sekadar memaksa mereka belajar tetapi untuk membuka minda kesedaran mereka mengenai matlamat mereka , mencipta impian mereka untuk membanggakan anda . 

   Tunggu apa lagi . 

      SAVE THIS DATE !
      8 DIS 2015 BERMULA 9 PAGI HINGGA 5 PETANG

   



Wednesday, 18 November 2015

Program Cuti Sekolah



 Assalamualaikum,

   Selamat bercuti kepada pelajar pelajar sekolah . Hari cuti adalah hari yang menyeronokkan tetapi adakah berbaloi jika hari cuti itu digunakan hanya dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah ? Atau mungkin setakat merehatkan diri di rumah ? Bagi pelajar hari cuti hanya lah hari untuk bermain , merehatkan diri tetapi jika cuti itu diisi untuk perkara kebaikan bukankah lebih baik ? Ibu Bapa juga pastinya tidak ingin anak mereka hanya sekadar membuang masa . Dengan program selama 3 minggu ini kami akan memastikan anak anak anda dapat mengisi masa dengan aktiviti kerohanian dan aktiviti berkumpulan yang tidak membosankan .

    Kami dari Pusat Kecemerlangan Insan amat berbesar hati jika pelajar pelajar dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang kami anjurkan .

Antara Aktiviti nya :


  • Memperbetulkan solat 
  • Menghafal Surah- Surah lazim/doa harian
  • Pertandingan Aktiviti Berkumpulan
  • Praktikal Ibadah
  • Tajwid


    Program ini akan dijalankan selama 3 minggu

     Bermula pada : 15/12 sehingga 31/12 .

     (Satu minggu hanya pada hari Selasa , Rabu , Khamis dan Jumaat )

     Pada Masa : 2:30 ptg sehingga 5:00 ptg .

     Tempat : No 12 Rumah Kedai 2 Tingkat (hijau) Taman PSJ

     Terbuka hanya pada : Tahun 4 hingga Tingkatan 3

 Dengan bayaran RM100 kami menjaminkan aktiviti ini akan memberi kesan positif pada diri pelajar .  Inshaallah dengan mengikuti program ini , kami akan membentuk mereka menjadi anak yang soleh.








Pendaftaran pada : 8/12/2015

Tempat : No12 Rumah Kedai 2 Tingkat (HIJAU) , Taman PSJ Sg                  Karang 26100 Kuantan

Masa    : 9:30-12:30 pagi hingga 2:30-4:30 petang 

*atau hubungi : En Shafiee 019-9839374 untuk pendaftaran awal .














/

Friday, 13 November 2015

Kad Jemputan

  Assalamualaikum wahai orang orang yang berjaya ,


     Minggu ini kami akan menyampaikan kad jemputan untuk program kami disekitar sekolah berdekatan . Hampir 10 buah sekolah kami jangkakan untuk memberi kad jemputan ini . Pengharapaan yang tinggi kepada Maha esa agar niat murni kami berjalan lancar .

     Seperti yang telah  kami terangkan didalam entry pengenalan . Program ini adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah diri pelajar juga untuk mencapai impian ke semua ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya bukan sahaja dari segi pelajaran malah dari segi kerohanian juga .

   Untuk julung-julung kalinya program ini dilaksanakan di Kuantan . Kedatangan dan sokongan dari kesemua pihak diharapkan untuk menjayakan niat murni kami untuk memulihkan dan mendidik remaja menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat .



 Ini adalah contoh kad jemputan yang kami berikan kepada pelajar tingkatan 4




 Kad jemputan ini kami selitkan juga dengan  baucer membawa sahabat .  Pelajar dapat hadir bersama sahabat dengan hanya membayar untuk seorang yang berjumlah RM30 . Sangat menjimat kan !







Contoh kad jemputan untuk tingkatan 5 


Kad jemputan pelajar tingkatan 5 juga kami sediakan baucer yang sama . Kad ini adalah terhad hanya yang terpilih akan mendapatkannya !