Friday, 13 November 2015

Pengenalan

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  Untuk pertama sekali , kami ingin jelaskan tujuan mengapa program ini dilangsungkan .

       Pertama nya , seperti yang telah kita ketahui remaja adalah aset negara . Pembentukan sahsiah remaja amat penting pada era globalisasi ini . Bagi kami isu masalah remaja pada ketika ini amat membimbangkan . Remaja bagaikan tiada pegangan hidup dan tujuan hidup . Mereka lebih memilih untuk berhibur dan hanya membuang masa . Program ini ingin menyedarkan remaja bahawa waktu yang terluang dapat digunakan untuk merangka masa depan mereka . Adakah kita ingin remaja terus dibelenggu dengan sifat sifat negatif ? Kejayaan mampu diraih bermula dari sekarang !




      Tujuan kami menyediakan program ini adalah untuk menggunakan cuti remaja itu dengan perkara yang mendatangkan faedah dalam pelajaran dan sahsiah mereka .

      Bagi tingkatan 4 , kami melangsungkan program ini untuk mereka melakukan persediaan awal sebelum menempuh peperiksaan SPM pada tahun hadapan . Kami ingin remaja mengubah persepsi yang menganggap tahun tingkatan 4 adalah tahun untuk bersenang lenang . Bermula hari cuti ini bersamalah kita menggunakan masa yang terluang dengan mengikuti program ini . Kami akan mengajar teknik teknik yang mudah dan menyeronokkan untuk pelajar . Kami ingin pastikan pelajar akan merasa seronok dan tidak menyalahgunakan waktu cuti yang diberi . Program ini akan berterusan tidak hanya pada waktu cuti panjang . Kami akan membimbing mereka sehingga peperiksaan SPM 2016 menjelang tiba . Kami akan memastikan pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM . Bukan sahaja menjadi pelajar yang cemerlang di dalam pembelajaran malah kami akan membimbing mereka untuk mengenal tuhan dan membentuk sahsiah diri pelajar ini agar menjadi manusia yang mempunyai wawasan , matlamat yang jelas dan membanggakan keluarga serta agama .




    Untuk tingkatan 5 , program ini adalah dimana pelajar lepasan SPM yang terpilih akan menggunakan ilmu dan masa untuk dicurahkan kepada bakal SPM 2016 . Kami akan memberi mereka beberapa tips untuk berjaya di IPT dan pada masa yang sama mereka akan didedahkan mengenai pelbagai rintangan yang mereka akan hadapi di IPT dan cara tangani . Kami ingin mereka agar tidak terpengaruh dengan suasana di IPT yang serba bebas . Isu isu masalah remaja lebih banyak berlaku apabila mereka telah menyambung pengajian kelak ini amat membimbangkan ibu bapa dan masyarakat kerana IPT bukan sahaja memberi ilmu untuk masa depan tetapi boleh menyebabkan penuntut nya dipengaruhi budaya pergaulan tanpa batas . Oleh yang demikianlah kami ingin memberi persediaan mental dan fizikal untuk bakal penuntut IPT agar dapat menjaga sahsiah dan agama mereka , InshaAllah program ini banyak manfaat nya untuk remaja dan saya ingin pastikan ibu bapa akan berasa bangga hasil perubahan remaja mereka .



No comments:

Post a Comment