Untuk entri kali ini , kami ingin mengulah dengan lebih terperinci mengenai 'KELAS MEMBINA SAHSIAH INSAN'
Kenapa kelas ini kami anjurkan ? Kenapa anak anda perlu mengikuti kelas ini ? dan kenapa kelas ini amat penting bagi anak anda ?
Hidup sehari hari kita disiarkan dengan perlbagai berita , pelbagai cerita mengenai remaja . Remaja yang makin membesar dengan penuh rasa ingin tahu , membesar dengan pengaruh sekeliling . Remaja yang selalu membuat pelbagai masalah yang semakin hari semakin membimbangkan ibu bapa . Apa yang anda perlu lakukan untuk ubah sikap anak remaja anda ?
Ramai pihak hanya suka menuding jari , menyalahkan satu sama lain tetapi tiada siapa ingin bertindak . Kami ingin ubah remaja masa kini . Ingin ubah sikap remaja yang bakal menjadi pemangkin negara satu hari nanti . Jangan menganggap sikap adalah masalah yang remeh . Jika bukan anda merubah anak remaja anda , siapa lagi ? Mahukah kita melihat remaja terus menerus hidup dalam kekosongan ? Membuang masa setiap petang hanya dengan melepak di warung , di tepi pantai tanpa tujuan yang jelas ? Membuang masa yang begitu emas dengan perkara tidak berfaedah ? Kita yang harus ubah mereka kerana mereka ada amanah Allah untuk kita jaga dengan sebaiknya .
Kelas yang kami adakan ini akan kami pastikan dalam masa 4 bulan anak remaja anda akan berubah semakin baik . Seperti :
- Mempunyai matlamat hidup yang jelas
- Mempunyai disiplin diri setiap hari
- Tidak terpengaruh dengan budaya tidak sihat
- Lebih mendekatkan diri kepada tuhan
InshaAllah dengan menghadiri kelas 'Membina Sahsiah Insan' ini . Anak remaja anda akan lebih cintakan agama dan tidak merasakan agama adalah beban bagi mereka sehingga mereka tidak lagi mahu untuk mendirikan tiang agama iaitu 'solat' . Mereka juga akan mempunya matlamat serta impian yang jelas . Apa yang mereka ingin capai pada masa ini dan pada masa akan datang . Mereka juga akan diajar untuk melakar strategi mencapai impian bukan sekadar bercakap kosong !
Jika anda berminat jangan lupa untuk hadir pada hari pendaftaran 11/01/2016 ISNIN



No comments:
Post a Comment